Skip to main content

Bola Sepak

Kalah dalam menang: Kecederaan Vidal cemari aksi cemerlang Barca

luis-enrique-hopeful-over-serious-vidal-injury.jpg

ALAVES 0 BARCELONA 6

Jurulatih Barcelona, Luis Enrique, kekal positif mengenai kecederaan buku lali yang dialami oleh Aleix Vidal ketika membantu pasukan melakar kemenangan 6-0 ke atas Alaves dalam saingan LaLiga.

The Catalan tidak berdepan sebarang masalah untuk meraih tiga mata penuh di tempat lawan, dengan Luis Suarez meledak dua gol manakala Neymar, Lionel Messi dan Ivan Rakitic menjaringkan satu gol di samping jaringan sendiri Alexis Ruano melengkapkan kemenangan juara LaLiga itu.

Bagaimanapun, kemenangan itu dibayangi insiden kecederaan yang memaksa Vidal dikeluarkan pada penghujung perlawanan apabila Theo Hernandez melakukan terjahan 50-50 ke atas bek kanan itu.

"Kami benar-benar berduka-cita dengan kecederaan yang dialami oleh Aleix Vidal. Kami berharap ia tidak begitu serius."

"Kami berharap dia akan pulih sepenuhnya, kami masih lagi menantikan keputusan daripada doktor mengenai kecederaan yang dialami Vidal."

Di sebalik insiden tersebut, Enrique memberikan pujian kepada persembahan pasukan kerana mempamerkan aksi yang "sempurna".

"Kami mengharungi satu perlawanan yang sangat baik, menghasilkan peluang serta menyempurnakan jaringan gol."

Advertisement

Must Watch Video