Massimiliano Allegri percaya Juventus lebih baik berbanding sebelum ini untuk menghadapi Real Madrid di Turin, awal pagi esok, terutama selepas kekalahan dalam final Liga Juara-Juara musim lalu.
Juve tewas 4-1 di tangan skuad Zinedine Zidane di Cardiff pada Mei lalu dan sedang bersiap-sedia untuk membuat pertarungan buat kali pertama sejak itu dalam suku akhir musim ini.
Allegri kecewa dengan kekurangan fokus pasukannya dalam kekalahan lalu tetapi percaya pengalaman itu menjadikan mereka pasukan yang lebih baik.
Bercakap dalam sidang media sebelum perlawanannya, dia berkata: "Sudah tentu, kami telah menyaksikan perlawanan akhir itu beberapa kali, dan saya mengatakan bahawa pasukan bertambah baik, terutama dalam menangani saat-saat sukar semasa perlawanan.
"Ia adalah satu pelajaran yang sangat penting untuk berkembang dan menjadi bertambah baik, kami mempunyai babak pertama yang baik dan kemudian pada babak kedua kami sepatutnya mengawalnya dengan lebih baik.
"Ia sesuatu yang mempengaruhi kami. Dari sudut pandangan psikologi, sudah pasti pasukan sudah membuat langkah besar sejak itu. Yang penting adalah terus fokus."
Ketika Madrid beraksi tidak konsisten dalam LaLiga musim ini, Allegri melihat pasukannya boleh dihukum pada saat-saat akhir berdasarkan prestasi lawan dalam Liga Juara-Juara.
Dia menambah: "Kami harus pandai mengurus perlawanan kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, mereka mempunyai teknik dan ketepatan ketika memecah masuk kubu lawan.
"Mereka benar-benar menakutkan apabila ada ruang terbuka, mereka boleh masuk ke dalam kotak menerusi dua atau tiga hantaran. Jadi, kami harus benar-benar waspada dan kami perlu menggunakan pertahanan kami sebagai landasan untuk menyerang.
"Cita-cita kami adalah untuk bermain pada tahap yang sama dan dapat mengalahkan mereka," tambahnya.