Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, percaya pertembungan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) dengan Atletico Madrid bersifat terbuka dan beliau mahu pasukannya mencari gol di tempat lawan.
Pendahulu Serie A itu bakal bertandang ke Wanda Metropolitano, Rabu ini, untuk satu lagi aksi penting buat The Old Lady.
Allegri bergelut mencari jalan buat Juve untuk melakar kemenangan di Sepanyol tetapi dia bimbang dengan kebolehan Atletico, yang melangkah ke suku akhir UCL empat kali dalam lima musim.
"Kami berada pada tahap terbaik. Ia merupakan cabaran dua aksi berdepan pasukan yang memiliki kekuataan fizikal," kata Allegri selepas pasukannya melakar kemenangan ke atas Frosinone dalam saingan Serie A.
"Atletico bermain secara agresif di laman sendiri. Mereka adalah pasukan yang sentiasa mengejar keputusan positif di pentas Eropah.
"Ia perlawanan terbuka, kedua-dua pasukan berpeluang ke pusingan seterusnya.
"Kami perlu menjaringkan gol di Madrid. Ia akan menentukan sama ada kami layak ke suku akhir," katanya lagi.