Skip to main content

Bola Sepak

Juventus lepaskan Hernanes ke kelab China

breaking-news-juventus-sell-hernanes-to-hebei-china-fortune.jpg
Juventus mengumumkan penjualan Hernanes kepada Kelab Liga Super China (CSL), Hebei China Fortune, dengan perjanjian mencecah EUR10 juta (RM47.3j).

Hernanes, 31, bakal menyertai skuad kendalian Manuel Pellegrini itu selepas gagal mengukuhkan tempatnya dalam skuad Juventus. 

Pemain tengah menyerang itu merupakan anggota skuad Piala Dunia 2014 Brazil dan pernah mewakili Lazio dan Inter Milan. 

Hebei China Fortune kini sedang mengadakan latihan pra-musim di Marbella, Sepanyol, sebelum menghadapi saingan CSL, hujung bulan ini. 
 

Advertisement

Must Watch Video