Skip to main content

Bola Sepak

Juve kembali ke puncak Serie A, Allegri mahu tingkatkan tempo

massimilianoallegri-cropped_34jo9vghsy0r1ihmxi9ugh6h3.jpg
Massimiliano Allegri berkata Juventus perlu meningkatkan tempo mereka walaupun sudah kembali ke puncak Serie A selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Chievo di Stadium Marc'Antonio Bentegodi, awal pagi tadi.

Skuad Bianconeri kehilangan sedikit rentak terbaiknya tetapi dibantu dengan pemain skuad tuan rumah yang tidak berdisiplin.

Pemain tengah, Samuel Bastien, diperintah keluar padang dalam separuh masa pertama kerana mengutip dua kad kuning sebelum Fabrizio Cacciatore dilayangkan kad merah selepas sejam perlawanan.

Juve memanfaatkan kelebihan dua pemain mereka apabila Sami Khedira dan Gonzalo Higuain menjaringkan gol kemenangan Serie A keenam dan memintas Napoli, yang akan menentang Bologna malam ini, untuk berada di atas.

Allegri tidak teruja dengan prestasi pasukannya dan sudah mengenal pasti perkara utama yang perlu ditingkatkan mereka.

"Kami perlu memperbaiki tempo, belajar bila perlu melambat atau mempercepatkannya. Jika tidak, kami mudah diramal," katanya kepada Mediaset Premium.

"Ia sukar kerana Chievo bertahan dengan baik. Dalam babak pertama, kami cuba memindahkan mereka dari satu arah ke tempat lain bagi membuka ruang.

"Jelas, ia lebih mudah selepas mereka bermain dengan sembilan pemain. Kami hilang keseimbangan menuju ke penghujung dan tidak menyedari masih ada setengah jam untuk bermain. Bagaimanapun, kami gembira dengan rekod bersih dan mendapat tiga mata di gelanggang luar.

Gianluigi Buffon, yang meraikan ulang tahun hari lahir ke-40 hari ini, menerima hadiah awal dengan berada di bangku simpanan -- penglibatan pertama dalam perlawanan sejak kemenangan 1-0 ke atas Napoli pada 1 Disember.

Allegri gembira memiliki semula penjaga gol nombor satunya dan mengesahkan dia akan kembali mengambil tempat dalam kesebelasan utama daripada Wojciech Szczesny dalam pertembungan Coppa Italia menentang Atalanta, Rabu ini.

"Atalanta adalah juara luar biasa, kami sangat gembira kerana dia kembali ke bangku simpanan hari ini dan dia akan bermula di Bergamo pada Rabu," katanya.

"Atalanta berada dalam prestasi sangat baik dan kami perlu membuat persembahan bagus."

Advertisement

Must Watch Video