Skip to main content

Bola Sepak

Jurulatih mereka lantik tak betul -- Penyokong

pulau-pinang.jpg

Ura-ura akan berlaku kekecohan andai Pulau Pinang tewas lagi menjadi kenyataan apabila di luar pagar Stadium Batu Kawan, tercetusnya insiden sehingga memaksa pihak berkuasa campur tangan, malam tadi.

Rata-rata penyokong menyuarakan rasa tidak puas hati membabitkan prestasi pasukan tuan rumah yang dianggap tidak masuk akal.

Kata-kata kesat serta laungan kasar menyalahkan pihak pengurusan, termasuk kredibiliti Westwood, lantang kedengaran.

Keadaan semakin panas apabila penyokong bertindak berani dengan melempar suar dan mercun ke arah petugas keselamatan.

Situasi itu memaksa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak dengan menyerbu kelompok penyokong yang bertindak di luar batasan sebaik pagar stadium dibuka.

FRU turut terpaksa melepaskan gas pemedih mata di perkarangan utama stadium dengan beberapa individu turut ditahan.

Beberapa penyokong Pulau Pinang yang ditemu bual Nadi Arena meluahkan kekecewaan mereka.

"Import dibawa masuk tidak bagus jika dibandingkan dengan sebelum ini.

"Jurulatih yang dilantik juga tidak betul. Kerana itulah pihak penyokong tidak puas hati," demikian antaran luahan penyokong terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).  

 

Advertisement

Must Watch Video