Skip to main content

Bola Sepak

Jude Bellingham tetap rendah diri jadi sandaran baru Real Madrid

jude-bellingham_1.jpg
Jude Bellingham gembira di Real Madrid selepas beberapa minggu bergelar pemain di sana dan yakin dapat membantu gergasi Sepanyol itu memenuhi jangkaan tinggi mereka.

Pemain tengah berusia 20 tahun itu melengkapkan perpindahannya ke Bernabeu bulan lalu apabila meninggalkan Borussia Dortmund dengan bayaran seinggi £115 juta RM675.2j).

Bellingham membuat penampilan kedua buat Madrid ketika membuka jaringan dalam perlawanan persahabatan menentang Manchester United menerusi cantik.

Bintang England itu dikeluarkan dalam separuh masa kedua pertemuan di Houston berkenaan tetapi prestasinya dianggap sudah memadai untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika pasukan asihan Carlo Ancelotti tersebut menang 2-0.

"Saya menikmatinya, saya suka fikir begitu," katanya selepas perlawanan. 


 

“Setakat ini semuanya berjalan lancar. 

“Saya seronok bermain dengan pasukan ini, saya dapat belajar daripada ramai pemain hebat. Saya pasti tidak akan terbawa-bawa.

“Terdapat cabaran yang lebih besar untuk musim akan datang ini.

“Kami mempunyai banyak sasaran, ini adalah kelab terbesar dengan pemain terbaik. 

"Jangkaan terhadap pasukan ini adalah tinggi seperti lazimnya. Ia terpulang kepada kami untuk turun dan membuktikannya.”

Advertisement

Must Watch Video