REAL MADRID 2 MAN UTD 0
Gol pertama Pemain Terbaik Perlawanan, Jude Bellingham, sejak berpindah ke Real Madrid sementara sepakan gunting memukau Joselu menyaksikan Manchester United tumbang 0-2 di Stadium NRG, Houston, sebentar tadi.
Hanya 24 jam selepas kekalahan barisan muda The Red Devils kepada Wrexham di San Diego, Texas kembali menjadi tuan rumah kepada skuad utama Erik ten Hag itu ketika menentang gergasi Sepanyol berkenaan.
Bellingham menandakan penampilan keduanya di Madrid dengan penyudah menarik selain penyudah akrobatik Joselu pada lewat permainan.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mula menghadirkan ancaman dalam perlawanan persahabatan itu pada minit ke-6 yang menyaksikan Bellingham menerima umpanan Antonio Rudiger untuk menjaringkan gol pertamanya sejak perpindahannya bernilai £115 juta (RM675.2j) baru-baru ini.
Pemain antarabangsa England itu pada awalnya disangka ofsaid tetapi nyata tidak akan melepaskan sebarang peluang terhidang di jarak 18 ela.
United melengkapkan jelajah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menguji Borussia Dortmund di Las Vegas, Isnin depan, sementara Kobbie Mainoo hampir pasti tidak akan diturunkan.
Pemain berusia 18 tahun itu memulakan perlawanan hari ini tetapi perlanggaran awal menyebabkan dia terhincut-hincut ketika Madrid meraikan gol pembukaan.

? HOUSTON, WE HAVE A GOLAZO. ?#RealMadridOnTour pic.twitter.com/FxQeTdsdx9
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) July 27, 2023