Tonggak Kuala Lumpur, Paulo Josue, mengakui dia kini semakin serasi bergandingan dengan Indra Putra Mahayuddin di bahagian tengah skuad Warga Kota untuk mengharungi saingan Liga Super musim ini.
Bagi Josue, mudah membentuk keserasian bersama Indra memandangkan bekas pemain Kelantan itu adalah seorang pemain berpengalaman.
Justeru, pemain kelahiran Brazil berkenaan optimis gandingannya bersama Indra mampu memainkan peranan penting buat Kuala Lumpur.
"Dia membaca perlawanan dengan cukup baik.
"Dia disebut-sebut sebagai salah seorang pemain legenda di Malaysia. Indra sudah lama beraksi dan mewakili banyak pasukan sebelum ini.
"Saya akan beraksi di sampingnya dan saya berasakan kami mampu melaksanakan tugas dengan baik," kata Josue.
Meskipun sebahagian besar pemain Kuala Lumpur musim ini akan tampil buat kali pertama di pentas Liga Super, Josue yakin mereka akan bersedia memberikan cabaran.
Bagi Josue, latihan dan aksi pra-musim selama lima hari di Surabaya bermula Isnin ini akan memberi peluang buat pengendali, Fabio Maciel, memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan.