Skip to main content

Bola Sepak

Jom ramai-ramai ke stadium, Malaysia Boleh! -- Figueiredo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joao-figueiredo.jpg
Penyerang negara, Joao Figueiredo, menyeru Ekor Harimau Malaya agar turun memberi sokongan padu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini. 

Skuad kebangsaan giat memantapkan skuad menerusi kelibat beberapa wajah warisan baharu untuk berdepan Vietnam untuk aksi kedua Kumpulan F, kelayakan Piala Asia 2027. 

"Jom ramai-ramai ke stadium, Malaysia Boleh!", kata Figueiredo.

Menuju empat hari sepak mula, menurut perkongsian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman sosial, tiket kini terjual sebanyak 25,719 keping.



 

Advertisement

Must Watch Video