Jerman terpaksa melupakan khidmat Sami Khedira dan Serge Gnabry dalam aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Czech Republic, esok.
Pemain Juventus itu dipercayai mengalami kecederaan lutut dan akan terlepas aksi di Prague.
Jerman mengharapkan pemain berusia 30 tahun itu akan bebas daripada kecederaan dalam aksi berdepan Norway, Isnin depan.
Berita tersebut hadir selepas pemain sayap, Gnabry terpaksa menarik diri daripada perancangan Joachim Low selepas mengalami masalah ligamen.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang ketika ini dipinjamkan ke Hoffenheim daripada Bayern Munich, terpaksa pulang awal daripada hotel penginapan pasukan di Stuttgart.
Jerman mendahului Kumpulan C dengan baki empat perlawanan selepas melakar kemenangna dalam enam aksi sebelum ini.