Skip to main content

Bola Sepak

Jelius intai penyerang import berkualiti

jelius-ating_1.jpg
Sabah sedang mengintai seorang penyerang import bagi mengisi slot pemain import terakhir pasukan berkenaan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia  (Liga M) musim ini.

Pengendalinya, Jelius Ating, ketika ditemui mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut berhubung identiti pemain berkenaan.

Sebelum ini, Sabah dikatakan akan memanggil semula Rodoljub Paunovic bagi mengisi kekosongan itu, namun ia hanya merupakan pilihan terakhir Jelius.

"Paunovic masih berada dalam radar pasukan sekiranya penyerang import yang bakal datang nanti gagal menyerlah.

"Kami jangkakan pemain itu (penyerang import) akan datang selewat-lewatnya minggu depan, namun, kami telah menghubungi ejen pemain itu untuk menyegerakannya," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.

Sabah telah mengisi tiga daripada empat slot pemain import selepas mengekalkan dua pemain dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong.

Selain itu, pertahanan dari Croatia, Igor Cerina, juga telah kembali ke pangkuan pasukan selepas berehat panjang pada musim lalu akibat kecederaan, dengan pemain berkenaan masih memiliki baki kontrak sehingga tamat musim ini.

Advertisement

Must Watch Video