Pengendali Sabah, Jelius Ating, akan membuat sedikit perubahan taktikal berbanding musim lalu walaupun hampir semua pemain tempatan dalam kesebelasan utama skuad yang layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2018 masih kekal bersama pasukan itu.
Skuad Tambadau itu akan melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, dalam aksi pertama Liga Perdana, malam esok.
"Dengan kemasukan dua pemain import baru, iaitu Luka (Milunovic) dan Park (Taesu), kami akan membuat sedikit perubahan dan dua pemain itu akan membuat penampilan pertama mereka bersama Sabah.
"Walaupun kami hanya menggunakan khidmat tiga pemain import, termasuk (Rodoljub) Paunovic pada malam esok, saya masih yakin kami mampu memberi saingan sengit kepada JDT II," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu hari ini.
Jelius berkata skuad kendaliannya itu sudah bersedia untuk menghadapi musim baru walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam persiapan pra-musim mereka.
Katanya, walaupun pemainnya tidak berada di tahap 100 peratus terbaik, beliau tetap yakin semangat dimiliki barisan pemainnya mampu membantu usaha mereka memulakan saingan dengan mencipta kemenangan.
"Memang diakui sebelum ini kami menghadapi pelbagai cabaran, termasuk masalah gaji dan macam-macam lagi sehingga menjejaskan persiapan menghadapi musim baru.
"Bagaimanapun, semua masalah itu telah diselesaikan pengurusan baru dan kami hanya perlu beri fokus sepenuhnya dan sudah pasti menyasarkan kemenangan malam esok," katanya.
Jelius berkata dia akan menggunakan formasi 4-2-3-1 bagi perlawanan tersebut dengan ketua pasukan, Rawilson Batuil, seperti musim lalu bakal mengemudi pertahanan sambil dibantu Taesu, Dendy serta Randy Baruh.
Dua pemain di bahagian depan pertahanan dijangka diisi Sabri Sahar selain sama ada Mohd Azzizan Nordin atau Ricco Nigel Milus.
Milunovic pula mengemudi bahagian tengah dengan dibantu Maxsius Musa dan Ilyas Sulaiman manakala Paunovic diberi tanggungjawab sebagai penyerang utama.