STOKE 1 ARSENAL 0
Arsene Wenger membidas keputusan pengadil untuk tidak membenarkan gol Alexandre Lacazette selepas Arsenal tumbang 1-0 kepada Stoke City di Stadium bet365, tengah malam tadi.
Lacazette menyangka dia telah menjaringkan gol penyamaan ketika permainan berbaki 18 minit apabila menyudahkan umpanan Olivier Giroud.
Bagaimanapun, dia didakwa dalam keadaan ofsaid, sekaligus pemain baru Stoke, Jese Rodriguez, muncul wira menerusi gol tunggal pada minit ke-47.
Wenger tidak gembira dengan keputusan ofsaid berkenaan sejurus perlawanan berakhir apabila menegaskan adalah sangat mudah untuk menentukan Lacazette berada dalam kedudukan yang betul.
"Dia menjaringkan gol dalam kedudukan yang tidak ofsaid," kata Wenger kepada BT Sport.
"Ia keputusan yang mudah. Ketika bola disepak, dia tidak ofsaid.
"Ia hari yang sangat mengecewakan. Kami memiliki banyak peluang gol tetapi tidak menyudahkannya.
"Kami sedar adalah penting untuk tidak melakukan kesilapan tetapi sebaik rehat permainan, kami agak lembab dalam bertahan dan kami terpaksa membayar harganya.
"Selepas itu, kami tidak menggerakkan bola dengan pantas dan bekerjasama dengan baik. Saya percaya sesetengah pasukan akan memanfaatkannya, sebab itulah jika anda ingin bermain di peringkat tinggi, maka anda patut menilai ini sebagai kerugian tiga mata."
Dalam masa sama, Wenger menganggap tiada keperluan untuk memancing pemain baru kerana menganggap The Gunners sudah memiliki skuad yang besar.
"Saya tidak merancang membeli pemain selepas aksi seperti ini. Buat masa ini, kami lebih memikirkan kekecewaan berbanding membeli pemain."