Skip to main content

Bola Sepak

Jaringan Gabbiadini tidak ofsaid jika dia pemain United -- Le Tissier

le-tissier-man-united-would-not-have-had-gabbiadini-strike-disallowed.jpg

Legenda Southampton, Matt Le Tissier, berkata jaringan Manolo Gabbiadini dalam final Piala EFL tidak akan dibatalkan jika dia pemain Manchester United.

Pada awal permainan yang berlangsung di Stadium Wembley, Gabbiadini menampan masuk hantaran silang Cedric Soares, namun jaringannya dibatalkan.

United mendahului perlawanan 2-0 menerusi jaringan Zlatan Ibrahimovic dan Jesse Lingard sebelum Gabbiadini menjaringkan dua gol. Bagaimanapun, tandukan Ibrahimovic di penghujung perlawanan menyempurnakan kemenangan United.

"Sejarah bola sepak menunjukkan kepada anda bahawa kelab-kelab besar memiliki kelebihan berdasarkan daripada keputusan pengadil," kata Le Tissier.

"Jika United yang menjaringkan gol tersebut, ia tidak akan dilihat sebagai ofsaid, itu pendapat saya.

"Saya masih tidak memahami mengapa keputusan tersebut diberikan kepada Gabbiadini, dia berada di kedudukan yang baik untuk menjaringkan gol."

Advertisement

Must Watch Video