NOTTINGHAM FOREST 1 DERBY COUNTY 0
Jaringan minit kedua Yohan Benaloune sudah cukup untuk memastikan Nottingham Forest menundukkan Derby County 1-0 dalam saingan Liga Kejuaraan di The City Ground, awal pagi tadi.
Derby, yang dikendalikan legenda Chelsea, Frank Lampard, berharap untuk memenangi perlawanan itu agar dapat kembali mengisi enam tempat teratas bagi melayakkan diri ke pusingan 'play-off' Liga Perdana Inggeris.
Bagaimanapun, mereka ketinggalan pada awal permainan dan tidak dapat bangkit sehingga ke wisel penamat.
Igauan ngeri Derby bermula pada awal permainan sebaik Forest menjaringkan gol pembukaan selepas hanya 72 saat pertama perlawanan -- Benaloune menghasilkan penyudah jarak dekat selepas tandukan kurang kemas Jayden Bogle gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Forest, bagaimanapun, kurang bernasib baik 13 minit kemudian apabila Martyn Waghorn meloloskan diri daripada perangkap ofsaid, namun rembatan akhirnya tersasar ke sebelah kanan gawang tuan rumah.
Kesilapan pertahanan Derby hampir memberikan Forest jaringan kedua tidak lama selepas itu -- sentuhan Daryl Murphy jelas mengecewakan meskipun berdepan situasi satu lawan satu dengan Kelle Roos di dalam kawasan penalti.
Tidak banyak peluang diperoleh kedua-dua pasukan dalam babak kedua dengan Forest lebih gemar bertahan dan menafikan gerakan Derby.
Beberapa asakan akhir cuba dilakukan Derby, namun mereka masih gagal menembusi keampuhan pertahanan Forest untuk pasukan itu melonjak ke tangga kelapan liga.
Berlaku ketegangan di antara pemain kedua-dua pasukan sejurus selepas wisel penamat dibunyikan.
Mujur campur tangan daripada pegawai pasukan berjaya meleraikan ketegangan itu.