Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Jangan pandang mudah UKM -- Gillan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iangillan.jpg
Jurulatih Sarawak, Ian Gillan, tidak mahu pasukannya memandang mudah cabaran UKM FC di Stadium Cheras, malam ini, dan pada masa sama mahu skuadnya tidak keciciran mata dalam usaha mengukuhkan kedudukan dalam Liga Perdana.

Gillian enggan menjadikan kedudukan UKM di tangga tercorot liga sebagai ukuran terkini prestasi mereka kerana menjangkakan skuad kendalian Sulaiman Hussein itu akan memberikan tentangan.

Sarawak kini di kedudukan keenam liga dengan 15 mata tetapi hanya tujuh mata di belakang pasukan di tangga kedua, MISC-MIFA, dan Gillian berasakan mereka masih berupaya mencabar dua tempat teratas liga.

"Jangan melihat UKM di kedudukan terbawah. Semua pasukan dalam Liga Perdana musim ini berdaya saing, dengan semuanya hampir sama.

"Tetapi, kami akan berusaha memberikan aksi terbaik dan memenangi perlawanan ini," katanya.

Dalam pada itu, Gillan mengesahkan Sarawak tidak akan mengambil awang import atau pemain tempatan baru untuk jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang akan tamat pada 3 Jun ini.

Gillian juga mengesahkan terpaksa membatalkan hasrat mengambil khidmat bekas pemain tengah Kuala Lumpur, Nicolas Dul, gara-gara kekangan kewangan.

"Untuk Nicolas, bajet yang terhad menghentikan usaha untuk mengambilnya. Kami tidak mahu meletakkan pasukan dalam masalah kewangan. 

"Jadi, kami membuat penilaian semula tentang bajet buat masa sekarang. Kami akan bayar kepada pemain sedia ada dan tidak mengambil pemain baru," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video