James Rodriguez mendakwa kariernya di Real Madrid masih belum tertutup sungguhpun baru diperkenalkan sebagai pemain Bayern Munich, semalam.
Bintang Colombia itu bersetuju ke Allianz Arena secara pinjaman selama dua musim, di mana dia berharap dapat mengembalikan prestasi terbaiknya selepas dipinggirkan dalam skuad Madrid.
Perpindahan pemain berusia 26 tahun itu ke Santiago Bernabeu pada 2014 melibatkan nilai tinggi selepas menyerlah dalam kempen Piala Dunia di Brazil.
Dia beraksi di bawah asuhan Carlo Ancelotti dalam kempen pertama di ibu negara Sepanyol itu dan kini sekali lagi perlu menambat hati jurulatih Itali berkenaan bagi mendapat peluang dalam kesebelasan utama.
"Kami mempunyai pemain hebat dan saya perlu berjuang untuk merebut tempat," katanya dalam sidang media.
"Saya boleh bermain di bahagian sayap kiri atau kanan selain bertindak sebagai perancang. Saya akan beraksi di posisi yang diperlukan jurulatih.
"Bagi saya, ini kehidupan baru. Semuanya serba baru tetapi Munich adalah bandar yang cantik. Saya akan cuba belajar bahasa Jerman.
"Pintu untuk kembali ke Real Madrid masih lagi terbuka. Namun, buat masa ini, saya hanya memikirkan tempoh dua musim di sini. Selepas itu, kami akan membuat keputusan.
"Ia adalah pendekatan baru tetapi bukan langkah ke belakang. Ia cabaran baru."
Ketua Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, mengesahkan mereka merupakan pilihan utama untuk mengekalkan James seandainya semua pihak ingin menjadikannya sebagai perpindahan kekal.
"Kami sudah mencapai kata sepakat dengan James dan Real Madrid mengenai tempoh pinjaman selama dua tahun," katanya.
"Selepas itu, kami mempunyai pilihan untuk mengekalkan perpindahan itu selama tiga tahun lagi."
Dalam masa yang sama, Rummenigge tidak menolak kemasukan pemain baru tatkala pasaran perpindahan masih aktif lagi dalam tempoh enam minggu.