Skip to main content

Bola Sepak

James pemain utama Real Madrid -- Zidane

james-is-a-key-player-zidane-praises-madrid-midfielder.jpg

OSASUNA 1 REAL MADRID 3

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, mengagumi James Rodriguez dan menyifatkan pemain tengah itu sebagai "anggota utama" pasukannya.


James beraksi sebagai pemain gantian pada awal babak kedua perlawanan ketika Madrid merakamkan kemenangan 3-1 ke atas Osasuna, semalam.

Pemain kebangsaan Colombia itu telah dikaitkan dengan perpindahan pada Januari lalu selepas beraksi dalam kesebelasan utama hanya sebanyak empat kali musim ini.

Bagaimanapun, Zidane tertarik dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain berusia 25 tahun itu selepas menggantikan Danilo pada minit ke-57.

"James telah mempamerkan prestasi yang mantap kerana sukar untuk membiasakan diri dalam perlawanan yang sudah berlangsung hampir satu jam," ujar Zidane.

"Dia sangat tenang dan membantu pemain lain untuk bermain, dia merupakan anggota utama pasukan ini."

Zidane berpuas hati dengan persembahan pasukan apabila menyaksikan Cristiano Ronaldo, Isco dan Lucas Vazquez meledak gol.

Pengendali kelahiran Perancis itu optimis bahawa kecederaan Danilo tidak begitu teruk dan berharap pasukannya bersedia untuk menghadapi jadual yang padat bermula dengan aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Napoli.

"Kami memulakan perlawanan dengan tiga pertahanan manakala Danilo dan Marcelo beraksi di bahagian sayap tetapi kami terpaksa mengubah gaya permainan kami untuk memastikan kami meraih kemenangan.

"Kami sudah berehat hampir 15 hari dan kini kami akan beraksi setiap tiga hari. Kami perlu berehat dan memberikan tumpuan kepada perlawanan pada Rabu nanti."

Advertisement

Must Watch Video