Tahukah anda bahawa anda boleh dipenjarakan jika anda menyerang pengadil dalam perlawanan bola sepak.
Senario itu boleh berlaku sekiaranya anda bermain bola sepak di Itali.
Ini selepas Kerajaan Itali meminda kanun keseksaan negara itu bagi memberikan perlindungan undang-undang kepada pengadil perlawanan seperti diperoleh pegawai polis dan pegawai awam lain.
Penggubalan undang-undang itu diusulkan berikutan peningkatan kes serangan terhadap pengadil, di mana pelaku kini boleh dikenakan hukuman yang jauh lebih berat bagi tindakan menolak, memukul atau mengancam pengadil.
"Sukan adalah berkenaan kesetiaan dan perkongsian.
"Mereka yang tidak menerimanya diberikan amaran. Mulai esok, tingkah laku ganas dan pencerobohan terhadap pengadil akan dihukum tanpa berlengah, malah dengan hukuman penjara," kata Menteri Muda Kehakiman Itali, Andrea Ostellari.
Musim lalu, pengadil berusia 19 tahun, Diego Alfonzetti, diserang semasa bertugas bagi perlawanan remaja di Sicily.
Alfonzetti kemudiannya dijemput ke padang di Stadio Olimpico sebagai tanda solidariti untuk perlawanan derbi Lazio dan Roma pada Mac lalu.