Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) memberi jaminan akan menyelesaikan isu gaji tertunggak, terutama melibatkan bekas pemainnya, dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi.
Presidennya, Adly Zahari, berkata ketika ini MUSA dalam proses mengemas kini penajaan bagi skuad Sang Kancil itu sebelum ia dimuktamadkan dalam masa terdekat.
"Sebenarnya, isu gaji tertunggak ini telah berlaku sebelum kami mengambil alih pengurusan MUSA tetapi sebahagian besar tunggakan itu telah kami selesaikan.
"Ia sering berlaku dalam mana-mana kelab bola sepak dan kami akui di MU sendiri masih terdapat beberapa individu termasuk bekas pemain yang masih belum mendapat gaji mereka sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas pemain MU, Azmi Muslim, bahawa sehingga kini masih ada tunggakan bulanan yang belum diselesaikan pihak pengurusan MUSA.
Semalam, media melaporkan Azmi, 32, yang kini beraksi bersama Perlis, bertanyakan kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) tentang kata putus MU untuk menyelesaikan tunggakan gaji bekas anggota skuadnya di laman Twitter.
Adly berkata penyelesaian menyeluruh terhadap isu gaji tertunggak itu mengambil masa kerana ia melibatkan jumlah yang agak besar.
Tambah beliau lagi, bagi memastikan isu gaji tertunggak, terutama melibatkan pemain MU pada tahun ini tidak berlaku, pihak pengurusan telah menetapkan peruntukan tertentu untuk pembayaran gaji pemain dan ia telah dikurangkan hampir 38 peratus berbanding peruntukan sebelum ini.
"Penetapan gaji pemain tahun ini bergantung kepada peruntukan dan kemampuan MUSA. Kami berharap selepas ini kami tidak mempunyai masalah isu gaji tertunggak lagi," katanya.
-- BERNAMA