Skip to main content

Bola Sepak

Irwan kembali dalam kancah profesional

irwan-fadzli-idrus_1.jpg
Selepas hampir dua musim tidak beraksi, bekas pertahanan kebangsaan dan ATM FA, Irwan Fadzli Idrus, bakal membuat kemunculan kembali bersama Felda United dalam saingan Liga Perdana musim ini. 

Irwan menghargai kepercayaan yang diberikan pengendali The Fighters, B. Sathianathan dan pihak pengurusan kelabnya. 

"Agak sukar buat saya, namun saya harus mencabar diri sendiri untuk mencapai prestasi terbaik bagi musim 2018. 

"Saya perlu bersaing dengan pemain muda dan harap usaha saya menjadi," katanya. 

Namun, Irwan mengakui dia perlu menggandakan usaha untuk mengembalikan tahap kecergasannya sebagai pemain profesional. 

Dalam masa sama, Sathinathan menyifatkan Irwan tetap seorang pemain berkualiti yang mampu menambah kekuatan pasukannya.

Bahkan, dia percaya pengalaman luas Irwan mampu memberi kesan positif buat Felda musim ini. 

"Dia boleh memainkan peranan penting dalam Liga Perdana dan Piala FA selain Piala Malaysia. 

"Saya menggemari kualiti pemain. Sekalipun pemain sepertinya akan mencecah usia 37 tahun, tetapi dengan latihan dan disiplin yang baik, mereka akan pergi lebih jauh tanpa isu kecergasan dan sebagainya," kata Sathianathan. 
 

Advertisement

Must Watch Video