Skip to main content

Bola Sepak

Iniesta pulih daripada kecederaan paha

25817andresiniesta.jpg
Andres Iniesta sudah bersedia untuk kembali beraksi buat Barcelona selepas pulih daripada kecederaan paha.

Pemain tengah Sepanyol itu telah digantikan pada minit ke-68 ketika Barca tewas 3-1 dalam aksi pertama Supercopa de Espana kepada Real Madrid di Nou Camp, awal bulan ini.

Iniesta terlepas aksi timbal balik di Santiago Bernabeu dan aksi pembukaan LaLiga berdepan Real Betis dan laman web rasmi kelab itu telah mengesahkan dia akan kembali dalam perlawanan seterusnya.

Kontrak pemain berusia 33 tahun itu bakal berakhir pada penghujung musim ini dan telah memberitahu  El Pais bahawa masa depannya masih lagi tidak dapat ditentukan.

Barcelona akan berdepan Alaves dalam saingan LaLiga esok.
 

Advertisement

Must Watch Video