Skip to main content

Bola Sepak

Iniesta adalah pakar - Valverde

andresiniesta-cropped_chu5olq5q5p61jd0f8ilklsf1_1.jpg
Ernesto Valverde memuji kecemerlangan Andres Iniesta kerana membantu Barcelona keluar dari situasi sukar ketika menentang Alaves.

Pendahulu LaLiga itu hampir mengalami kekalahan pertama dalam kempen ini selepas John Guidetti menjaringkan gol pada minit ke-23 untuk membantu pelawat mendahului perlawanan pada babak pertama di Camp Nou.

Tetapi jaringan daripada Luis Suarez dan Lionel Messi mengubah perlawanan untuk memperoleh kemenangan 2-1 buat Barca dengan mengembalikan kelebihan 11 mata mereka di puncak liga.

Kawalan bola dan hantaran lintang yang baik daripada Iniesta membawa kepada jaringan penyerang Uruguay itu dan Valverde lantas merakamkan penghargaan kepada pemain berusia 33 tahun itu.

"Sebenarnya, kami mempunyai pemain yang baik di kawasan bawah dan Iniesta menguasainya," kata jurulatih Barca itu selepas membimbing pasukannya mencatat rekod 21 perlawanan tanpa kalah.

"Saya fikir dia dapat membantu kami dari sana. Ia penting tidak terlalu ramai berada di dalam kotak Alaves. Ia akan mencetuskan serangan balas.

"Untuk itu, kami memerlukan pemain yang bergerak dengan baik seperti Leo dan dia. Ia adalah gerakan luar biasa dan gol tersebut membolehkan kami bernafas," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video