Bekas penyerang England, Tony Cottee, pernah mencuri tumpuan pada suatu ketika dahulu apabila menyertai Selangor daripada West Ham dengan kos perpindahan £750,000 (RM3 juta) pada ketika itu.
Dia difahamkan menandatangani kontrak selama setahun dengan pilihan menambah 12 bulan lagi bersama Selangor pada 1996, meskipun hanya bertahan satu musim, dia telah mengumpul 17 jaringan dalam 31 perlawanan.
Malah, antara rakan sepasukannya ketika itu adalah Mehmet Durakovic, Azman Adnan, Christopher Kiwomnya dan Zainal Abidin Hassan.
Dia turut menjulang trofi Piala FA pada 1997 selepas membantu pasukan menewaskan Pahang 1-0 dalam perlawanan final ketika di Bawah kendalian Steve Wicks, sekali gus itu merupakan trofi pertama dalam karier bola sepaknya.
Begitupun, Cottee kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) semula dan menyertai Leicester City. Untuk rekod, dia telah mencatat 7 kaps bersama The Three Lions dengan debut pertamanya adalah ketika berdepan Sweden pada 1986.
Dia kini aktif sebagai pengulas bagi perlawanan bola sepak di Eropah.