Skip to main content

Bola Sepak

Ini impian saya sejak kecil -- Dalbert

dalbert-cropped_1xbes5l1fz9uj1qd53jhz325vg.jpg
Pemain terbaru Inter, Dalbert, mengakui dia merealisasikan impian sejak kecil apabila berhijrah ke San Siro.

Pemain berusia 23 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Serie A daripada Nice semala, selepas menandatangani perjanjian lima tahun.

Dalbert menghabiskan hanya satu musim dalam Ligue 1 sebelum berhijrah ke Inter dengan yuran perpindahan GBP18 juta (RM100 juta) dengan Nice mengesahkan ia penjualan termahal kelab itu.

Pemain kelahiran Brazil itu berharap dapat membantu Inter meraih trofi selepas mengikat kontrak sehingga 2022.

"Ini hari yang penting bukan sahaja buat diri saya, bahkan juga keluarga saya," dia memberitahu Inter Channel. 

"Saya merealisasikan impian sejak kecil, jadi saya amat gembira berjaya melakukannya. Saya berharap dapat membantu Inter meraih lebih banyak kejuaraan.

"Rundingan berjalan dengan agak rumit tetapi saya menggesa agar ia dapat dilaksanakan. Saya sangat teruja dapat menjadi sebahagian daripada projek kelab ini.

"Saya masih belum berpeluang bercakap dengan pemain lain tetapi saya berharap dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

"Peminat telah mengharapkan saya berhijrah ke Inter. Saya mahu mereka tahu bahawa saya akan lakukan yang apa termampu untuk kelab ini."

 

Advertisement

Must Watch Video