Skip to main content

Bola Sepak

Ilham ikrar curah aksi terbaik bersama Selangor

ilham-udin_1.jpg
Penyerang import Selangor, Ilham Udin Armaiyn, menyatakan kesediaan untuk menyesuaikan keberkesanannya bersama skuad kebangsaan Indonesia bersama pasukan Selangor menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini yang bakal membuka tirai bulan depan. 

Ketika Persatuan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menyatakan kegusaran kekuatan Indonesia bakal dibaca skuad Malaysia menerusi penampilan dua ayam tambatan mereka, Ilham dan Evan Dimas Darmono, tidak terfikir untuk menyimpan kelebihan yang ada pada dirinya. 

Malah, ia akan digunakan sepenuhnya demi pasukan Selangor yang menjadi majikan barunya ketika ini, sekaligus memberi jaminan bahawa skuad Merah Kuning itu bakal muncul sebagai pasukan konsisten musim ini. 

"Sudah tentu saya perlu menyesuaikan diri dan berharap dapat segera melakukannya. 

"Saya belum berkesempatan beraksi bersama Selangor lagi, mudah-mudahan prestasi saya menjadi lebih baik lagi," kata pemain itu yang dijangka menggalas cabaran dalam Sukan Asia, Ogos depan. 

Ilham melabel dirinya beruntung dengan kehadiran rakan senegaranya, Evan Dimas, yang sememangnya sudah digandingkan bersama sejak lima tahun lalu dan dari segi keserasian, tidak perlu dipertikaikan lagi. 

"Kami sudah beraksi bersama-sama sejak beberapa tahun lalu," tambahnya. 

Kedua-kedua mereka sudahpun memulakan sesi latihan mereka bersama Red Giants, hari ini. 

Namun, mereka dijangka pulang semula ke Indonesia pada Khamis depan untuk memenuhi tuntutan jadual antarabangsa di antara Indonesia dan Iceland. 

 

Advertisement

Must Watch Video