Skip to main content

Bola Sepak

IFAB gubal peraturan, sepakan penjuru diberikan jika penjaga gol pegang bola lebih lapan saat

keeper1.jpeg

Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) telah meluluskan beberapa perubahan dalam undang-undang permainan menjelang musim hadapan selepas mengambil kira pelbagai aspek dan faktor. 

Antara penambahbaikan yang mencuri tumpuan ialah sistem mengendalikan penjaga gol yang lebih efisien. Ini bertujuan supaya permainan menjadi lebih terkawal dan mampu menjimatkan masa. 

Menurut peraturan baharu, penjaga gawang tidak dibenarkan memegang bola lebih daripada lapan (8) saat dengan pengadil akan melakukan kiraan menggunakan jari secara manual. 

 

Advertisement



Sekiranya perkara tersebut berlaku, pihak lawan akan dihadiahkan sepakan penjuru secara tiba-tiba berbanding sepakan percuma tidak langsung. 

Pemindaan sektor 12.2 ini mendapat persetujuan semua ahli Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-139 yang diakan di Ireland.

Selain itu, garis panduan telah diperkenalkan sejak tahun lalu di mana hanya ketua pasukan dibenarkan mendekati pengadil dalam situasi tertentu.

Berdasarkan pemerhatian, ia mendapat maklum balas yang positif dalam pelaksanaan tersebut. IFAB bersetuju bahawa kerjasama dan komunikasi yang lebih kukuh antara kapten dan pengadil, boleh membantu menyemai tahap keadilan dan saling menghormati pihak lawan. 

Terdapat empat lagi peraturan baru yang dikeluarkan oleh IFAB mengenai situasi permainan, pengadil dan video bantuan pengadil (VAR). Sila rujuk ciapan di bawah untuk info tambahan. 

 

 

 

Must Watch Video