Skip to main content

Bola Sepak

Ibrahimovic: Perjuangan saya di United belum berakhir

25817ibrahimovic.jpg
Zlatan Ibrahimovic kembali untuk menghabiskan apa yang telah dimulakannya di Manchester United selepas menandatangani semula kontrak bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan perjanjian selama setahun.

Pemain berusia 35 tahun itu pada asalnya telah dilepaskan oleh kelab selepas mengalami kecederaan lutut yang serius tetapi menegaskan perancangannya untuk kekal di Old Trafford.

Ibrahimovic akan menyarung jersi nombor 10 yang ditinggalkan oleh Wayne Rooney selepas meninggalkan United untuk kembali bersama Everton.

Bekas pemain kebangsaan Sweden itu telah mengumumkan kembali bersama United dengan gayanya tersendiri.
"Saya kembali untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan," kata Ibrahimovic.

"Ia sentiasa keinginan saya dan kelab untuk kekal. Saya tidak sabar untuk kembali beraksi di Old Trafford tetapi saya juga perlu mengambil masa untuk membuat persediaan.

"Saya telah bekerja keras dan terus melakukannya untuk berada di tahap terbaik sebelum kembali beraksi."

Ibrahimovic, yang terpaksa menamatkan musim 2016-17 lebih awal kerana mengalami kecederaan pada April, telah menjaringkan 28 gol bagi membantu United meraih kemenangan dalam Piala EFL dan Liga Europa (UEL).

Pada asalnya, Ibrahimovic perlu direhatkan sehingga Januari depan tetapi kelab dan pemain-pemain United menegaskan proses pemulihannya berjalan dengan baik dan bakal membuat penampilan lebih awal lagi.

Advertisement

Must Watch Video