Skip to main content

Bola Sepak

Ibrahimovic akan sertai kami Januari ini -- Mourinho

zlatan-ibrahimovic-cropped_nbmg5ydesfas1lzg3ouht62hc.jpg
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berkata Zlatan Ibrahimovic akan kembali beraksi Januari ini dan mengesahkan pemain itu sebagai pertambahan terbaru skuadnya.

Pemain berusia 35 tahun itu kembali menyertai United minggu ini selepas menandatangani kontrak setahun -- dua bulan selepas meninggalkan kelab itu setelah kontraknya berakhir musim lalu.

Ibrahimovic masih menjalani pemulihan kecederaan lutut yang dialaminya ketika aksi suku akhir kedua berdepan Anderlecht, April lalu.

Bagaimanapun, Mourinho menjangkakan pemain itu hanya akan kembali memasuki tahun baru dan kepulangannya bermakna mereka tidak perlu berbelanja dalam jendela perpindahan pemain yang kedua.

"Dia akan kembali Januari ini," Mourinho memberitahu BT Sport selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Leicester City di Old Trafford, malam tadi.

"Apabila jendela perpindahan dibuka dan pasukan lain perlu berbelanja, kami tidak perlu melakukannya tetapi kami masih akan mendapatkan seorang pemain berkualiti."

Advertisement

Must Watch Video