Skip to main content

Bola Sepak

Hukuman Ronaldo kekal

ronaldo-170817.jpg
Hukuman penggantungan lima perlawanan yang dikenakan terhadap pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo, akan kekal selepas rayuannya ditolak oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Ronaldo dilayangkan kad kuning kedua ketika menentang Barcelona dalam aksi Piala Super Sepanyol, Ahad lalu, sebelum dia menolak pengadil, Ricardo De Burgos, kerana tidak berpuas hati.

Pemain Portugal itu menampilkan aksi cemerlang apabila masuk sebagai pemain gantian dan menyumbat gol kedua Madrid, namun tidak dapat membendung emosinya selepas didakwa melakukan simulasi' untuk mendapatkan sepakan penalti.

Bintang berusia 32 tahun itu pada awalnya bakal digantung 12 perlawanan tetapi pihak RFEF hanya mengenakan lima perlawanan.

Satu perlawanan disebabkan oleh kad merah yang diterima dan empat lagi atas kesalahan menolak De Burgos.

Hukuman itu menyaksikan Ronaldo akan terlepas aksi timbal balik Piala Super Sepanyol menentang Barca, diikuti dengan aksi LaLiga bertemu Deportivo la Coruna, Valencia, Levante serta Real Sociedad.

Advertisement

Must Watch Video