Skip to main content

Bola Sepak

Howedes perkuat jentera pertahanan Bianconeri

benedikt-howedes-cropped_1xzzr0hn8ojtm1h6vt83ag7kc3.jpg
Juventus telah menandatangani khidmat pemain pertahanan, Benedikt Howedes, secara pinjaman daripada FC Schalke.

Pemain antarabangsa Jerman itu sertai Bianconeri dengan bayaran GBP3 juta (RM17 juta) dengan pilihan untuk membeli pemain itu hujung musim ini.

Mereka berhak melengkapkan pembelian Howedes pada 1 Julai 2018 dengan pertambahan bayaran sebanyak GBP12 juta (RM66 juta) seandainya pemain itu membuat 25 penampilan musim ini.

Howedes menyempurnakan pemeriksaan kesihatan di Turin semalam dan menjadi pemain ke-11 yang berhijrah ke kelab itu musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu lahir daripada akademi bola sepak Schalke sebelum membuat penampilan pertamanya pada 2007.

"Saya sangat teruja. Kelab ini cukup besar dan Turin merupakan sebuah bandar yang cantik," Howedes memberitahu JTV.

"Saya bercakap dengan Sami Khedira sebelum membuat keputusan untuk menyertai mereka. Ia hari yang bermakna buat saya.

"Juventus antara kelab gergasi di dunia dan mereka melakar beberapa kejayaan besar dalam beberapa tahun ini. Saya mahu menjadi sebahagian daripada kejayaan mereka."

 

Advertisement

Must Watch Video