Eddie Howe menyelar aksi tidak konsisten Bournemouth selepas menyaksikan pasukannya tewas 2-0 kepada Cardiff City, awal pagi tadi, dan mahukan kebangkitan dalam aksi berikutnya berdepan Liverpool.
Dua jaringan daripada penyerang Cardiff, Bobby Reid, menyaksikan mereka tewas dan harapan Howe adalah kunjungan ke Anfield akan meletakkan mereka kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan West Ham dan Chelsea sebelum ini.
The Cherries melakar kejutan apabila menewaskan Chelsea di Stadium Vitality, Rabu lalu, namun Howe berang apabila tenaga yang sama dipamerkan ketika di Stadium Cardiff City.
"Kami akan ke Liverpool. Berdepan lawan yang sukar," kata Howe. "Kami mahu kembali ke momentum kemenangan.
"Bournemouth memerlukan keputusan yang positif selepas tewas kepada Cardiff.
"Amat mengecewakan kerana kami terlepas banyak peluang."
Howe tanpa kelibat pemain tengah, David Brooks, dan penyerang, Callum Wilson, ekoran kecederaan ketika berdepan Cardiff, namun enggan menggunakan alasan itu selepas meraih keputusan yang tidak diingini.
"Kami beraksi tanpa David Brooks dan Callum Wilson tetapi ia tidak seharusnya menggugat pasukan -- sama seperti apa yang dipamerkan Rabu lalu.
"Saya berasakan masalah utama adalah kurang konsisten. Ia telah menjejaskan aksi hari ini.
"Kami perlu memperbaikinya bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik dan meraih mata-mata berharga."