Skip to main content

Bola Sepak

Hodak tagih pengalaman tonggak AFC B-23

bojan-hodak-020917.jpg
Pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak, menyifatkan kemenangan 1-0 skuad B-23 ke atas Arab Saudi menjadi sumber inspirasi buat skuad kendaliannya yang akan bersaing dalam Kejohanan AFC B-19 di Indonesia, Oktober depan. 

Empat pemain skuad B-19 negara turut terbabit dengan tugasan dalam Kejohanan AFC B-23 di China ketika kini, iaitu Akhyar Rashid, A. Shivan Pillay, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Nik Akif Syahiran Nik Mat. 

"Ia bagus untuk mereka menimba pengalaman dan kejohanan seperti ini sangat penting untuk masa depan. 

"Apabila mereka tampil bersama kami, ia lebih mudah untuk mereka. Mereka akan berkongsi pengalaman dengan pemain lain," kata jurulatih dari Croatia itu. 

Nada sama turut dilontarkan penyerang skuad B-19, Zafuan Azeman, apabila berkata: "Rakan-rakan kami yang berada di sana memberikan semangat kepada kami. 

"Kalau mereka balik nanti, bolehlah mereka membantu kami dalam Kejohanan AFC B-19 pada Oktober nanti," ujarnya.

 

Advertisement

Must Watch Video