Neymar menggunakan media sosial untuk berkongsi pesanan mengenai perjalanannya untuk pulih daripada kecederaan metatarsal.
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan ketika meraih kemenangan ke atas Strasbourg dalam Coupe de France bulan lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu terlepas kemenangan 2-0 ke atas Manchester United, Selasa lalu, tetapi mendedahkan harapannya untuk kembali beraksi dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) jika skuad bimbingan Thomas Tuchel itu berjaya mengelak daripada dimalukan The Red Devils untuk bangkit di Parc des Princes.
Neymar memuat naik video ketika meraikan jaringan gol PSG di Old Trafford, diikuti dengan berita mengenai proses pemulihannya di Instagram.
"Kerana hidup adalah untuk pahlawan, tiada apa yang melemahkan saya!" kata Neymar yang menyilang tongkat di hadapan jet peribadinya walaupun Tuchel mungkin tidak akan mengambil risiko untuk menurunkan pemain bintang itu dalam kadar segera.