Skip to main content

Bola Sepak

Henry: Lacazette bakal beri impak

8817alexandre-lacazette.jpg
Thierry Henry percaya Alexandre Lacazette akan berjaya di Arsenal tetapi pengurus pasukan, Arsene Wenger, memerlukan prestasi terbaik dipamerkan oleh setiap pemain.

Lacazette menyertai Arsenal daripada Olympique Lyon dengan perpindahan bernilai GBP52 juta (RM290 juta) dan telah turun beraksi ketika meraih kemenangan dalam perlawanan Perisai Komuniti ke atas Chelsea.

Henry, penjaring terbanyak Arsenal sepanjang zaman dengan 228 gol, percaya Lacazette dan Olivier Giroud akan menawarkan kepelbagaian di dalam jentera serangan The Gunners.

"(Lacazette) memiliki gaya permainan yang berbeza berbanding Giroud dan pendapat saya ia adalah sesuatu yang baik untuk pasukan," kata Henry.

"Dia telah berjaya menempah nama dalam Ligue 1 dan terdapat pihak yang menyatakan di England, segala-galanya berbeza. Saya memberikan sokongan kepadanya untuk memberikan yang terbaik.

"Kadang-kala anda memerlukan Giroud atau (Alexis) Sanchez di bahagian tengah atau (Danny) Welbeck mahupun (Theo) Walcott, mana-mana yang mampu memberikan impak."

Penyerang berusia 26 tahun itu dibandingkan dengen Henry, yang memiliki kualiti untuk melakukan penyudah serta mencipta jaringan buat pemain-pemain lain.

Lyon berjaya mara ke separuh akhir Liga Europa sebelum tewas kepada Ajax, dengan Lacazette telah menjaringkan gol dan melakukan bantuan jaringan.

Secara keseluruhan, dia telah meledak 39 gol dalam semua pertandingan musim lalu.

Henry meletakkan keyakinan kepada penyerang terbaru Arsenal itu untuk mencipta impak.

"Saya seorang penyokong dia. Lacazette seorang pemain yang berpengalaman dan masih mampu berkembang."

Arsenal akan membuka tirai saingan liga pada Sabtu ini dengan menerima kunjungan Leicester.

Advertisement

Must Watch Video