Liverpool bakal ketiadaan khidmat kapten pasukan, Jordan Henderson, dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Arsenal minggu hadapan.
Pemain tengah England, Henderson, terpaksa meninggalkan padang di Stadium King Power selepas mengalami kecederaan kaki dalam sesi latihan dan Klopp tidak dapat memberikan kepastian sama ada pemain berusia 26 tahun itu sempat pulih untuk berdepan The Gunners.
"Saya berpendapat dia tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan akan datang," kata Klopp.