CHELSEA 5 HUDDERSFIELD 0
Bintang Chelsea, Eden Hazard, berharap pasukan telah berjaya mengagumkan ketua jurulatih, Maurizio Sarri, dengan kemenangan 5-0 ke atas Huddersfield Town.
Hazard dan Gonzalo Higuain, yang melakukan penampilan sulung di Stamford Bridge, masing-masing menjaringkan dua gol ketika The Blues mudah meraih tiga mata, sekali gus kembali ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).
Jaringan lewat David Luiz melengkapkan kemenangan dengan lima jaringan bagi memadamkan kekalahan 4-0 kepada Bournemouth.
Sarri tidak berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain dalam aksi di Stadium Vitality selepas dilaporkan berbincang dengan pemain-pemain hampir satu jam selepas tamat perlawanan tetapi Hazard menjangkakan beliau berpuas hati dengan keputusan yang diraih semalam.
"Saya sentiasa memberitahu apabila kami mengalami kekalahan, kemenangan perlu diraih dalam aksi seterusnya dan kami telah beraksi dengan baik," kata Hazard.
"Kami telah merakamkan persembahan terbaik musim ini dan menjaringkan lima gol.
"Saya berasakan Sarri berpuas hati kerana beliau mahu kami bangkit dan Chelsea telah melakukannya.
"Kami sangat gembira dan tidak sabar untuk berdepan Manchester City dalam aksi final Piala EFL minggu hadapan. Kami perlu mengekalkan rentak kemenangan ini."
Hazard yakin dua jaringan yang dihasilkan Higuain adalah permulaan gandingan yang bakal membuahkan hasil.
"Kami telah berusaha untuk bekerjasama. Higuain adalah pemain baru tetapi mengetahui apa yang dimahukan oleh Sarri. Dia seorang penyerang yang hebat dan mampu menjaringkan banyak gol.
"England berbeza jika dibandingkan dengan Itali dan Sepanyol tetapi dia seorang pemain yang cemerlang."