Pengalaman tonggak pertahanan, Mohd Hasbullah Awang, menjadi sandaran Terengganu FC (TFC) II dalam mengetuai skuad itu menghadapi musim baru Liga Perdana.
Selain akan menyarung lilitan kapten, Hasbullah bertekad memastikan penyertaan TFC II dalam kancah Liga Perdana bukan sekadar pelengkap, sebaliknya mampu mencabar pasukan lain.
Hasbullah, 35, menyifatkan adunan pemain muda dan berpengalaman serta kehadiran empat awang import mampu menjadikan skuad bimbingan Mustaffa Kamal Abdul Wahab itu antara pasukan digeruni.
“Jurulatih sentiasa menekankan aspek kerjasama berpasukan selain tidak boleh memandang sebelah mata kesemua pasukan lawan.
“Selaku ketua pasukan, saya berjanji akan membimbing rakan sepasukan, seterusnya memberi komitmen 100 peratus di dalam dan luar padang,” ujarnya.
Menurutnya lagi, cabaran dalam Liga Perdana pasti sengit dengan pasukan seperti Felda United, Pulau Pinang, Sarawak dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) antara yang perlu diberi perhatian.
Bekas pemain T-Team itu antara muka lama yang dikekalkan selepas penjenamaan semula TFC dan TFC II musim ini.