Selepas menempuh dua perlawanan dengan kemenangan dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, ketua jurulatih, Peter Cklamovski, sedang merangka perancangan bagi menghadapi Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) dari 26 Ogos hingga 9 September depan.
Menerusi perkongsian terkini laman rasmi skuad kebangsaan, Harimau Malaya sah menyertai pertandingan tersebut bertemu gergasi hebat Asia seperti Oman, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Afghanistan dan pasukan kedua terbaik Asia di ranking ke-18 dunia, Iran.
"Kami berbangga untuk menyertai kejohanan ini dan akan berdepan cabaran hebat di tempat lawan dan bersaing dalam persekitaran yang mencabar menentang pasukan-pasukan kuat.
"Pengalaman ini akan menguji kami dalam pelbagai aspek, di dalam dan di luar padang, dan ia amat penting untuk pembangunan berterusan skuad kebangsaan," katanya di Facebook.
Namun, persoalan mula timbul di media sosial berkenaan penganjuran tersebut yang berlaku sebelum kalender rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Meninjau laman rasmi badan induk dunia itu, jendela aksi antarabangsa akan bermula pada 1 hingga 9 September, sedangkan kejohanan tersebut berlangsung dari 26 Ogos.
Tempoh 26 hingga 31 Ogos merisaukan peminat tempatan kerana ia diluar kalender FIFA dan pemain masih mempunyai tugasan bersama kelab masing-masing.
Ia sedikit sebanyak memberi gambaran situasi sukar berkenaan pelepasan pemain utama sebelum tarikh sebenar pada 1 September.
Adakah pengendali dari Australia itu akan menggunakan strategi dua pasukan dengan panggilan pemain berskala besar?
Atau ada pendekatan dan pertimbangan yang sewajarnya?
Harimau Malaya bakal memiliki pilihan tonggak yang berbeza.