Ketua Pegawai Eksekutif skuad kebangsaan Malaysia, Rob Friend, berkongsikan bahawa keputusan menarik diri daripada saingan Piala Negara-Negara CAFA 2025 dilakukan secara terperinci.
Begitupun, skuad kendalian Peter Cklamovski bakal mengukur kemampuan pada 4 dan 8 September depan dengan harapan Stadium Nasional, Bukit Jalil menjadi saksi perjuangan mereka pada kali ini.
"Keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan CAFA dibuat secara terperinci dan berpandukan pertimbangan strategik.
"Kami turut bekerjasama rapat dengan pihak CAFA bagi membantu mengenal pasti pengganti yang sesuai.
"Kami percaya adalah penting untuk bertindak secara profesional dan berintegriti demi memelihara hubungan baik dalam komuniti bola sepak antarabangsa.
"Kami amat berbesar hati kerana berjaya mengatur dua perlawanan berkualiti."
"Ia merupakan peluang luar biasa untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri di Kuala Lumpur. Singapura membawa cabaran serantau yang kompetitif dan penuh sejarah.
"Manakala Palestin pula merupakan lawan taktikal yang berbeza serta merupakan pasukan yang berada dalam kelompok 100 terbaik dunia mengikut ranking FIFA.
"Kedua-dua perlawanan ini akan menjadi medan penting untuk menambah pengalaman serta memperkukuh kualiti pasukan kami." katanya dalam satu kenyataan rasmi di laman Malaysia NT.