Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya bakal lonjak ke ranking ke-126 dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg
Ranking skuad negara dijangkakan bakal melonjak tinggi di kedudukan ke-126 dunia usai melalui perlawanan persahabatan TIer 1 dan dua aksi Kelayakan Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Perkara itu susulan anak buah Peter Cklamovski telah melakar dua kemenangan dengan menewaskan Nepal (175) dan Vietnam (109), selain meraih keputusan seri ketika berdepan Cape Verde (72) minggu lalu.





Berdasarkan kemaskini yang akan dilakukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 10 Julai depan, kem negara berpotensi meningkat daripada kedudukan ke-131 dunia ke-126 selepas mengumpul 13.99 mata tambahan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,135.54 mata.
 

Advertisement

Must Watch Video