Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, memburu kemenangan ke atas UiTM FC dalam aksi pertama Liga Perdana sebagai pembakar semangat untuk mengharungi cabaran Liga Perdana musim ini.
"Bukan sahaja Pulau Pinang, bahkan perlawanan pertama ini juga amat penting buat UiTM untuk membakar semangat dan mendapatkan momentum.
"Ia amat bermakna buat kami, khususnya dalam usaha kami memburu tempat dalam Liga Super," katanya.
Dalam kunjungan ke Shah Alam itu. kehilangan dua tonggak tengah tempatan, Azidan Saruddin dan Fitri Shazwan Raduwan, akibat masalah kesihatan, bagaimanapun, tidak menjejaskan perancangan skuad Harimau Kumbang itu.
Ia berikutan kehadiran beberapa pemain berkualiti, termasuk bekas pertahanan Selangor, Ugochukwu Ukah, manakala penggempur yang meledak 15 gol bersama Kedah musim lalu, Ken Ilso Larsen, sudah sedia beraksi.
"Saya tidak menafikan di atas kertas, kami dibarisi ramai pemain berpengalaman tetapi apa yang lebih penting, kombinasi mereka dan tugasan yang diberikan dilaksanakan dengan baik," kata Zainal lagi.