Daripada 26 pemain yang tersenarai, hanya enam melaporkan diri dalam sesi latihan sulung skuad bawah 22 tahun (B-22) negara hari ini bagi menghadapi kempen kelayakan Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, Thailand, 19-23 Julai ini.
Jika sebelum ini cuma beberapa pasukan ada melahirkan hasrat tidak mahu memberi pelepasan pemain, namun situasinya nyata lebih parah daripada yang dijangkakan.
Hanya dua pemain Selangor, Adam Nor Azlin dan Muhd Syahmi Safari, selain Daniel Amir Norhisham, Irfan Zakaria, Amierul Hakimi Awang dan Ahmad Khairil Anuar yang melaporkan diri.
Jurulatih skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee, berasakan pengalaman ini paling getir yang pernah dilalui dalam kariernya sepanjang bersama skuad negara.
"Ini adalah pengalaman kali pertama. Saya akan cuba, seperti semua tahu, saya telah melalui banyak peringkat.
"Saya akan cuba untuk mendapatkan keputusan yang paling baik, bukan untuk diri saya. Kita tahu kelayakan ini penting dan kita juga menjadi tuan rumah Sukan SEA," katanya.
Pengurus pasukan, Datuk Wira Yusoff Mahadi, bagaimanapun, memberi jaminan masalah itu mampu diselesaikan dengan sekurang-kurangnya 20 pemain akan ada sebelum pasukan berlepas ke Bangkok pada 17 Julai depan.
"Kami faham kerana perlawanan terlalu dekat dan pemain-pemain ini adalah tonggak utama pasukan.
"Contohnya, seperti Kedah, mereka mempunyai lima pemain yang bersama Kim Swee. Pada masa yang sama, pasukan mereka mempunyai banyak masalah kecederaan," kata Yusoff.
Menurutnya, beliau telah menghubungi kesemua persatuan bola sepak negeri dan kelab berhubung perkara itu, termasuk Pahang dan Pulau Pinang, yang dijangka sedia memberi kelonggaran.