Penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim, bertekad untuk meneruskan rentetan aksi cemerlangnya dengan memastikan gawangnya tidak dibolosi apabila melayan kunjungan pendatang baru Liga Super, Melaka United, di Ipoh, esok.
Daripada dua perlawanan The Bos Gaurus setakat ini, Hafizul hanya bolos sekali dalam aksi pembukaan menentang Pahang, 21 Januari lalu.
Dia kemudian memperagakan aksi cemerlang ketika Perak mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang, antaranya apabila menyelamatkan sepakan percuma berbahaya daripada pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri.
Sehubungan itu, dia mengharapkan gandingan bersama barisan pertahanan yang diketuai Shahrom Kalam dan Shahrul Saad mampu mengelakkan gawang Perak daripada dibolosi apabila berdepan Melaka.
"Keserasian di bahagian pertahanan perlu diperbaiki lagi. Saya perlu lebih banyak berkomunikasi dengan Shahrom Kalam.
"Selain itu, semuanya dalam keadaan baik," ujarnya.
Hafizul juga mengingatkan rakan sepasukannya agar berwaspada dengan ancaman barisan penyerang Melaka.
Dia menggesa barisan pertahanan Perak supaya bekerja keras dan tidak mudah leka, apatah lagi Melaka mempunyai rangkaian penyerang berkualiti seperti pemain import, Ilija Spasojevic, dan Amri Yahyah.
"Saya mengenali corak permainan Amri ketika berlatih bersamanya dalam kem kebangsaan.
"Spasojevic pula, saya banyak mendapatkan panduan daripada rakan-rakan lain.
"Insya-Allah, yang penting kami fokus sepanjang 90 minit untuk mencapai kemenangan."