Skip to main content

Bola Sepak

Gundogan tidak sabar harungi pra-musim

ilkay-gundogan060717.jpg
Pemain perancang Manchester City, Ilkay Gundogan, berharap dapat melupakan masalah kecederaan lututnya sebaik rakan sepasukannya kembali melaporkan diri untuk sesi pra-musim, minggu depan. 

Tonggak antarabangsa Jerman itu merakamkan lima gol dalam 16 penampilan musim lalu, namun musim sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) terjejas apabila menderita kecederaan lutut kanan serius dalam kemenangan 2-0 ke atas Watford, Disember lalu. 

Gundogan berhempas-pulas di belakang tabir tatkala rakan sepasukannya menikmati tempoh percutian dan dia tidak sabar untuk kembali berlatih di padang apabila anak-anak buah Pep Guardiola kembali ke Akademi Bolasepak City. 

"Saya hanya menanti pemain-pemain kembali, kemudian mungkin saya boleh turun menjalani setiap sesi latihan -- sesi pemanas badan, hantaran dan teknikal," kata pemain berusia 26 tahun itu. 

"Saya harap pada minggu depan, saya berpeluang untuk menyertai semula mereka untuk menjalani sesi latihan dan perlawanan."

Bekas bintang Borussia Dortmund itu bukanlah asing dipinggirkan berikutan pernah ditimpa masalah tempurung lutut yang menafikan peluangnya dalam Euro 2016. 

"Saya yakin ia lebih sukar dari aspek psikologi berbanding fizikal," katanya. 

"Pakar fisiologi, doktor serta pelatih sentiasa ada untuk membantu fizikal anda.

"Namun, apa yang penting adalah kekuatan dan kestabilan mental untuk tahu apa yang lebih penting pada masa ini. Itu perkara paling sukar. 

"Saya mengharungi rehat yang panjang tetapi saya berasakan telah menjalaninya dengan baik."






 

Advertisement

Must Watch Video