Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola ulas perbandingan Yamal-Messi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yamal.jpg
Pep Guardiola meminta semua pihak agar bertenang dalam membandingkan Lamine Yamal dengan Lionel Messi.

Yamal, 18, telah menjaringkan 25 gol dan mencatatkan 28 bantuan jaringan dalam 106 penampilan bersama Barcelona. 

Setelah memainkan peranan penting dalam kejayaan Sepanyol dalam EURO 2024, Yamal membantu Barca memenangi 'treble' domestik musim lalu dan kini telah mewarisi jersi nombor 10 yang suatu ketika pernah disarung Messi ketika skuad bersama The Blaugrana itu. 

Guardiola, bagaimanapun, telah menggesa peminat agar membiarkan Yamal berkembang dalam kariernya sebelum membandingkannya dengan pemenang lapan Ballon d’Or itu.

“Biarkan dia mengembangkan kariernya,” kata pengurus Manchester City itu. 




“Dibandingkan dengan Messi adalah satu masalah besar.

"Seperti jika anda membandingkan seorang pelukis dengan Van Gogh, mereka akan berkata, 'Wah, dia tidak teruk, itu tanda dia ini bagus. 

"Dan perbandingan itu adalah isyarat bahawa dia seorang pemain yang bagus. Tetapi kita perlu biarkan dia mengembangkan kerjayanya. Dan kita akan lihat.

"Messi telah menjadi satu masalah besar, 90 gol dalam semusim selama 15 tahun tanpa henti, tanpa kecederaan. 

"Ia masalah besar. Berikannya ruang."

Advertisement

Must Watch Video