MANCHESTER CITY 6 CHELSEA 0
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, memuji Sergio Aguero selepas penyerangnya itu memaparkan aksi konsisten yang luar biasa dengan menjaringkan hatriknya yang ke-11 ketika membantu pasukan itu menewaskan Chelsea 6-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
City mendahului 4-0 ketika perlawanan baru berusia 25 minit dengan Raheem Sterling dan Ilkay Gundogan mencatat nama selaku penjaring di antara dua gol Aguero.
Penyerang Argentina itu membuka akaun jaringan menerusi rembatan mempesona dari jarak 30 ela sebelum melengkapkan hatrik dengan sepakan penalti dalam babak kedua.
Kejayaan itu menyaksikan Aguero kini menyamai rekod Alan Shearer sebagai pemain paling banyak menjaringkan hatrik dalam Liga Perdana Inggeris
Jaringan itu turut meletakannya sebagai pencabar anugerah penjaring terbanyak musim ini dengan 17 gol.
Bagu Guardiola, dia kagum dengan perstasi konsisten yang dipamerkan Aguero sepanjang lapan musimnya bersama City.
Dalam wawancara dengan BBC, Guardiola berkata: "Saya sudah katakan banyak kali, Sergio menjaringkan gol yang banyak dalam setiap musim.
"Saya meminati pemain seperti ini, dia konsisten. Pemain muda sentiasa tiba, namun ada pemain akan kekal untuk tempoh yang lama, ia luar biasa," katanya.
Guardiola menolak dakwaan bahawa kecemerlangan yang dilakar Aguero itu tidak pernah terlintas di fikirannya.
Bercakap kepada Sky Sports, dia menambah: "Aguero adalah pemain yang sentiasa terlibat dalam perlawanan seperti mana yang kamu mahukan.
"Dia mahu membantu kami membentuk pasukan ini.
"Chelsea banyak bergantung kepada tekanan yang kami berikan, namun kami pasukan yang berkualiti.
"Adakalanya dia kelihatan letih, namun dia pemain yang istimewa," tambahnya.