Pep Guardiola memberikan cabaran kepada Sergio Aguero supaya kembali ke tahap terbaik ketika ketiadaan Gabriel Jesus yang baru memulakan proses pemulihan daripada kecederaan lutut.
Guardiola melakukan penggiliran buat Aguero dan Jesus bagi menghadapi musim ini, pendekatan yang membuahkan hasil, dengan City kini menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 15 mata.
Bagaimanapun, terdapat laporan yang mencadangkan bahawa Aguero tidak berpuas hati dengan layanan Guardiola apabila tidak menurunkannya ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United.
Pemain berusia 29 tahun itu juga kecewa apabila dikeluarkan untuk memberikan ruang kepada Jesus ketika mencipta kemenangan 4-1 ke atas Tottenham.
Ketiadaan Jesus yang mengalami kecederaan lutut ketika bertemu Crytal Palace minggu lalu akan memberikan ruang buat Aguero untuk turun beraksi dalam setiap perlawanan akan datang.
"Saya mengharapkan Jesus masih lagi bersama kami untuk beraksi, percayalah kata-kata saya. Dengan jumlah perlawanan yang perlu diharungi, kami hanya mempunyai Aguero sebagai penyerang," kata Guardiola menjelang pertemuan dengan Burnley dalam saingan Piala FA.
"Kami memiliki pilihan lain untuk posisi tersebut tetapi Aguero akan bermain.
"Saya berharap dia akan kembali menemui sentuhan terbaiknya. Kami akan berbincang dengan Aguero sebelum dan selepas perlawanan untuk mengetahui perkembangannya dalam setiap perlawanan yang perlu ditempuhi selepas ini."