BAYER LEVERKUSEN 2 ATLETICO MADRID 4
Antoine Griezmann menghamburkan pujian terhadap Kevin Gameiro dalam kemenangan 4-2 Atletico Madrid ke atas Bayer Leverkusen dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Gameiro membuat umpanan kepada Griezmann untuk membantu Atletico mendahului 2-0 dan mencetuskan satu lagi gerakan untuk rakan senegaranya itu berselang seminit kemudian sebelum mencetak namanya selaku penjaring dengan menyudahkan sepakan penalti dalam separuh masa kedua pertembungan pertama pusingan 16.
Kemenangan Atleti di BayArena itu menyaksikan mereka kini memiliki kelebihan besar untuk mara ke suku akhir dan Griezmann pantas memberi kredit kepada peranan yang dimainkan Gameiro.
"Gameiro sangat hebat, gandingan kami cukup serasi," kata Griezmann kepada Canal+.
"Dia dan Torres masing-masing menyumbat gol dan saya harap kami dapat meneruskan aksi sebegini.
"Gameiro telah membuat tujuh bantuan gol kepada saya dan saya pula menghasilkan tiga atau empat peluang gol untuknya.
"Kami memiliki persefahaman yang bagus dan oleh kerana dia juga adalah dari Perancis, itu juga membantu.
"Leverkusen memberi tekanan dan menyukarkan kami tetapi rombakan yang dibuat jurulatih telah membantu kami memenangi perlawanan.
"Kami akan berdepan perlawanan besar di hadapan penyokong sendiri nanti."